Friday, January 23, 2015

Mengapa KAMI, Kenapa bukan AKU?

Assalamualaikum..

"Hanya padaMu KAMI menyembah, dan hanya padaMu KAMI meminta pertolongan"

"Tunjukilah KAMI jalan yang lurus"

surah alFatihah

Mengapa KAMI, kenapa bukan AKU?

Kerana Allah nak bagitau berjemaah itu rahmat, berpecah itu azab.
Macam mana nak selamat kalau sorang2...

-------------------------------------------

"Weh, cepatlah siap"
"Amende?"
"Aku malu la dok KAMI, KAMI tapi dok lah buat sorang-sorang.."
Huh?
"Weh, nak jadi sayap kiri aku tak?"


OK. yg last xde kaitan.
Solat Berjemaah shall we?

Tuesday, January 20, 2015

of Matahari and her Villa Strangers

Assalamualaikum..

Dulu jarang muncul dekat group sebab orang busy la kata kan~
Sepupu M balik dan keluarkan semua alat kosmetik yang dia ada.
M yang tengah bosan sibuklah nak pakai jugak. Walaupun tak pernah pakai.
Dia tersalah pakai eye liner terlalu tebal dekat bawah mata sebelah kiri. Jadi dia terus hitamkan sebelah kanan.

-Bedak tebal
-Sekeliling mata hitam pekat
-Bibir merah

Vampire Islamic katanya..

Actually, she still tak dapat terima kekalahan dia dlm ujian pemikiran freud apa benda entah yang P sampaikan lalu mencipta sendiri ceritanya.. rujuk sini.

Pengarah drama pendek : Matahari

Scene bermula dengan Pelangi sedang menyidai kain di belakang rumah pada satu hari yang sedang hujan. Awan tengah basuh pinggan, tiba-tiba telefon berdering di tangga. Awan berlari ke arah tangga untuk jawab panggilan telefon itu. Terlupa untuk menutup paip, 'Hujan ada kata dia nak call tadi' Awan monolog sendiri. 

Sementara itu, Hujan di luar rumah mengetuk pintu berkali-kali, lupa bawa kunci. Hairan kenapa tiada siapa yang menyahut salamnya. Kesejukan di luar, dia mencuba nasib memulas tombol pintu rumah. Hatinya berdebar-debar kerana pintu tidak dikunci!

Salam berbalas, Awan yang baru nak bertanya di mana Hujan berada terkejut suara di telefon tiba-tiba bertukar menjadi tangisan bayi. Tangisan itu semakin lama semakin kuat. Bulu romanya berdiri bila nampak reflection Hujan dari cermin di hujung tangga. 

Habis, siapa yang telefon tadi? Dan bayi tadi?!

Awan menjerit ketakutan sekuat hati. Hujan yang baru masuk tidak perasan Awan di tangga. Jeritan seseorang dari arah tangga menambah ketakutan yang belum habis bila tahu pintu rumah tidak berkunci. Hujan juga menjerit ketakutan!

Jeritan kedua-duanya membuatkan Pelangi yang belum selesai menyidai baju di hari hujan(?) berlari ke dalam rumah. Hairan melihat mereka berdua menjerit lalu berusaha menenangkan Awan dan Hujan. 

Hujan memeluk Pelangi. Awan meluru ke bawah dan memeluk mereka berdua. Hujan yang tak tau tadi tu suara Awan menyangka Awan juga mendengar suara yang sama.

Matahari yang dari tadi duduk dalam bilik sebab try alat kosmetik yang dipinjam dari sepupunya. Dia tidak pernah pakai mekap sebelum ni, jadi eye liner yang dipakai menjadi comot dan terlalu tebal. Dia keluar dari bilik untuk melihat apa yang dah jadi.

Sebaik Matahari keluar dari bilik, Pelangi yang cuba menenangkan Awan dan Hujan juga ikut menjerit sama. Terlalu takut, mereka bertiga pengsan.

Matahari yang terpinga-pinga tak tau apa yang terjadi, menjadi satu-satunya Heroin kerana tidak pengsan.

Setelah mereka bertiga sedar,mereka diberitahu oleh Matahari tadi Prof mereka call rumah nak bagitau kelas cancel. Anak prof demam panas. Sekejap-sekejap menangis.. Awan mengelus lega.

Dan Matahari di situ. Tersenyum kemenangan. Heh.

Freud Theory

Assalamualaikum.

Hari tu P forward satu msg dlm group :

Kita main satu permainan
Psikologi

Anda tinggal bersendirian di rumah dan beberapa masalah terjadi:

1.telefon berdering
2.bayi menangis
3.ketukan di pintu dan sesorang memanggil di luar
4. Kain di ampaian, dan hujan
5. Air di singki masih berpasang dan hampir melimpah keluar..

Susunkan permasalahan di atas mengikut keutaaman anda..

Saya akan beritahu personaliti anda menurut urutan yang anda berikan..

Susun nombor ikut keutamaan


Jawapan kami :

A - 2 4 3 1 5

H - 2 5 1 3 4

M - 4 1 2 3 5

P - 2 5 4 3 1 (Dia dah main dulu)

So, when you read this, apa yang pop in your mind?

M said the only thing yang dia terfikir waktu tu : cerita seram. Sebab tu dia the only one yang pilih no 4 sebagai first choice. Lepas tu Pbagi jawapan...

Ujian ini dinamakan Ujian Keutamaan Sigmund Freud ..
Setiap permasalahan mewakili sesuatu dalam kehidupan harian seseorang.
1. TELEFON = KERJAYA
2. BAYI = KELUARGA
3. KETUKAN PINTU = SAHABAT
4. PAKAIAN = WANG RINGGIT
5. AIR MELIMPAH = CINTA DAN KASIH SAYANG..

Terima kasih kerana sudi menjawab 😁

👆👆👆mksudnya sapa yg susun nom2 tu ikut keutamaan dia .yg tu la dia utamakn dlm kehidupannya 😊..